fbpx
AEDY ASHRAF mengakui hampir putus-asa sepanjang pembikinan menyiapkan filem pertamanya, Tarung: The Unforgiven.

‘Setiap hari rasa nak menangis, kenapa aku buat kerja ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tanggapan negatif orang sedikit pun tidak menjadi kudis, pelakon Aedy Ashraf mengakui kecaman khalalyak sudah seperti peneman setia dalam hidupnya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosli, 33, berkata, situasi sebegitu juga tidak akan sesekali menjadi alasan untuk dirinya berputus-asa atau berpaling meninggalkan kariernya yang kini sudah memikul; gelaran penerbit filem.

“Dipandang rendah itu sangat biasalah bagi saya. Saya tak anggap perkara tersebut menjadi sebab untuk meninggalkan dunia seni yang sudah sebagi dalam hidup saya.

“Fasa orang perlekeh kemampuan daya sebagai pelakon sudah terlalu biasa, sampai sekarang pun masih ada.

“Orang pandang rendah ini seperti kawan baik saya sepanjang tempoh menjadi anak seni, jadi sudah terbiasa,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan tayangan trailer filem sulung terbirannya, Tarung: The Unforgiven.

Berkongsi mengenai cabaran pertama kali bergelar penerbit untuk sebuah filem, Aedy mengakui pengalaman dilaluinya mencabar mental dan fizikal sehingga pernah mempunyai niat untuk menarik diri di pertengahan jalan.

“Cabaran memang berat sebab setiap hari rasa nak menangis dan terasa mahu putus asa sepanjang pembikinan filem ini. Setiap kali bangun pagi, mesti terfikir ‘kenapa aku kena buat benda ini?’

“Namun, semua itu saya tepis dengan berbalik semula kepada objektif utama mahu tunjukkan kepada pembikin filem muda kat luar sana bahawa saya mampu buat dan kenapa mereka tidak?

“Saya tak habis sekolah dan tidak sertai apa-apa kelas belajar filem pun. Saya cuma mahu pengkarya muda yakin dengan diri sendiri dan terus hasilkan naskhah terbaik mereka,” katanya lagi.

Selain Aedy, antara pelakon lain yang turut membintangi Tarung: The Unforgiven ialah Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Bront Palarae, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Naskhah tersebut bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN