PETALING JAYA – Musim rumah terbuka Aidilfitri terus ‘panas’ apabila beberapa laluan utama sekitar Kajang dan Semenyih dilaporkan sesak sejak pagi tadi.
Ribuan kenderaan dilihat bertali arus hingga menyebabkan kesesakan di beberapa jalan utama di kawasan berkenaan.
Seorang pengguna Threads, Shafiq Zaimi mempersoalkan keadaan trafik yang luar biasa ketika menuju ke Pekan Semenyih dari Bangi Lama.
“Apahal nak sampai Pekan Semenyih ni jem? Dari Bangi Lama. Masing-masing pergi open house (rumah terbuka) ke? Sekarang dah okey kot, tadi pagi je teruk sikit,” katanya.
Tinjauan di media sosial turut mendapati orang ramai masih aktif memenuhi jemputan rumah terbuka walaupun cuti perayaan hampir berakhir.
“Hai, memenuhi jemputan open house lagi ke hari ini korang? Jalan jem tak area Kajang/Semenyih? Saya belum keluar rumah hari ini,” tulis nadirah_noorzalli.
“Orang malaysia memang 90 peratus ramai orang kaya sebab minyak mahal pun jalan still jammed (masih sesak) dan padat,” kata Aidannatasya.
“On the way (dalam perjalanan) ke Putrajaya. Tadi pergi Pekan Kajang jem dah,” komen Rodhiahz. – KOSMO! ONLINE
View on Threads













