fbpx
SAIFUDDIN (tengah) mendengar taklimat mengenai aktiviti di kawasan sempadan di Kompleks ICQS Padang Besar, hari ini.

Polis diatur gerak ke stesen minyak sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diatur gerak segera ke stesen minyak berhampiran sempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan mengekang aktiviti penyeludupan bahan api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lalu yang memperluaskan penglibatan polis dalam pemantauan kawasan berisiko tinggi.

“Polis akan mengatur gerak untuk memastikan tiada aktiviti penyeludupan melibatkan stesen minyak di kawasan sempadan. Fokus kita adalah stesen minyak berhampiran sempadan walaupun terdapat lebih 4,000 stesen minyak di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Kedah dan Perlis bagi melihat sendiri aktiviti sempadan dalam mengekang ketirisan barang kawalan dan bersubsidi. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN