fbpx
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan di kawasan balai pelepasan LTSIP, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

‘Mat rempit’ berkumpul depan lapangan terbang Kota Bharu kena angkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebanyak 86 buah motosikal dan lima buah kereta diperiksa selepas dipercayai pemilik kedua-dua kenderaan tersebut cuba untuk berkumpul di kawasan balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 buah motosikal dan sebuah kereta disita selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik.

Katanya, seramai 12 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta tersebut didapati negatif dadah selepas ujian saringan air kencing dijalankan terhadap mereka.
“Kumpulan penunggang motosikal masih berdegil untuk memasuki dan cuba untuk berkumpul di kawasan balai pelepasan LTSIP pada malam hujung minggu ini meskipun perbuatan tersebut sudah tular di media sosial baru-baru ini.

“Kesemua penunggang motosikal dan pemandu kereta ditahan, manakala kenderaan yang dibawa mereka disita untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Azmir memberitahu, operasi yang melibatkan dua pegawai dan 48 anggota polis itu menggunakan taktik penyamaran untuk menahan kumpulan penunggang motosikal yang masuk ke LTSIP selepas kegiatan mereka berkumpul di depan balai pelepasan lapangan terbang itu tular di media sosial.

Menurutnya, Operasi Bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bermula pukul 5 petang hingga 2 pagi itu turut mengeluarkan sebanyak 91 saman pelbagai kesalahan trafik terhadap 86 motosikal dan lima saman kepada pemandu kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN