fbpx
Banduan lolos dari Penjara Sungai Buloh kini diburu dalam operasi melibatkan pelbagai unit keselamatan.

Banduan Penjara Sungai Buloh lolos, polis gerak operasi besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Operasi mengesan dan menangkap banduan tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh kini dipergiat dengan penglibatan pelbagai unit keselamatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, operasi itu digerakkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pangkalan Gerakan Udara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Menurut beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek dilaksanakan secara menyeluruh.

“Pihak berwajib yang menjaga pintu persempadanan negara turut dimaklumkan agar sentiasa peka dan memperketat pemeriksaan kebarangkalian banduan melarikan diri ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keselamatan awam masih lagi terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan banduan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran A/L Chandran di talian 010-4304383 atau hotline Bilik Operasi Search and Capture (SAC) di 03-61401096.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan banduan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.

Lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN