fbpx
KERJA-KERJA merobohkan sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu, Pantai Siring, Melaka dijalankan selepas semua peralatan dikeluarkan, dengan pemantauan pihak berkuasa bagi memastikan proses mengikut tatacara ditetapkan.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Tokong tertulis kalimah Allah sudah dirobohkan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Semua peralatan penyembahan di sebuah tokong yang terletak di Jalan Jeti Anjung Batu – Pantai Siring di sini telah pun dikeluarkan oleh pemilik sebelum kerja-kerja perobohan dilaksanakan pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan itu dilakukan susulan persetujuan dicapai antara wakil pemilik tanah dan agensi terlibat semalam.

Menurutnya, langkah mengeluarkan peralatan penyembahan itu penting bagi menghormati sensitiviti penganut agama lain sebelum proses perubahan tapak dijalankan.

“Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita laksanakan proses perubahan.

“Hari ini kita dapat saksikan sendiri semua bahan sembahan suci telah pun dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja merobohkan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! dilokasi mendapati kerja-kerja merobohkan dilaksanakan kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum berakhir 30 minit kemudian.

Beliau berkata, pengesahan turut diterima daripada pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Minyak selepas berhubung dengan pemilik terbabit.

“Apabila semua bahan suci telah dikeluarkan, maka proses perubahan tapak ini boleh dilaksanakan kerana ia bukan tokong berdaftar. Proses ini turut disaksikan wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia berjalan mengikut tatacara yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berharap garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah dapat diperkemaskan bagi mengelakkan isu sama berulang.

Katanya, pengalaman lalu dalam mengiktiraf sebuah tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN