fbpx
Antara individu yang ditahan JIM dalam serbuan pada Rabu lalu.

Sindiket seludup PATI ‘Geng Borhan’ kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan laluan persisiran pantai, sebelum menjadikan rumah sebagai lokasi transit di sekitar Kota Bahru, Kelantan pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi khas yang bermula kira-kira jam 6.30 pagi itu dijalankan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan kerjasama JIM Kelantan.

Zakaria berkata, pihaknya turut menahan 22 warga asing membabitkan dua lelaki warga India, tiga lelaki warga Bangladesh serta 17 warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan wanita.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 42 tahun menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 27 individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JIM turut menyita beberapa dokumen perjalanan termasuk pasport Bangladesh, India dan Myanmar selain telefon bimbit pelbagai jenama serta lima kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Siasatan mendapati sindiket berkenaan membawa masuk PATI melalui laluan pantai sebelum ditempatkan di rumah penampungan, dan kemudian dihantar ke lokasi sekitar Lembah Klang oleh ‘transporter’.

“Bayaran yang dikenakan oleh ‘transporter’ adalah sebanyak RM100 bagi setiap seorang manakala bayaran yang diterima oleh ‘receiver’ adalah sebanyak RM250 bagi setiap seorang,” katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati ‘mastermind’ sindiket ini yang dikenali sebagai ‘Geng Borhan’ pernah ditahan sebelum ini, namun masih meneruskan aktiviti sama.

Zakaria berkata, seramai lima lelaki tempatan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, manakala 22 warga asing ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN