PETALING JAYA – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.
Shell Malaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, pihak tersebut juga berusaha untuk memastikan bekalan bahan api yang konsisten di semua stesennya.
“Mungkin terdapat peningkatan permintaan sementara, yang boleh mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dialami oleh pelanggan. Kami akan terus berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial aduan daripada pengguna berhubung ketiadaan bekalan petrol RON95 di beberapa stesen milik Shell.
Menerusi gambar dikongsikan, terdapat notis diletakkan pada nozel RON95 ‘Maaf pam ini kehabisan bekalan RON95 untuk sementara waktu’ sekali gus mereka tidak boleh mengisi minyak tersebut pada kenderaan masing-masing. – KOSMO! ONLINE














