fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penumpang itu menahan pintu kereta api selepas tertinggal barangnya. - TikTok

Penumpang sekat pintu kereta api, tertinggal barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penumpang menerima kecaman orang ramai apabila menahan pintu kereta api laju kerana tertinggal barang di platform, lapor portal berita iNews semalam. 

Kejadian berlaku di Stesen Pedalarang, Bandung Barat semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @keretacepat.id menunjukkan penumpang itu menahan pintu kereta api laju ketika ia cuba bergerak menuju ke stesen lain. 

Perbuatan tersebut menyebabkan penumpang lain mengalami kelewatan. 

Syarikat Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) memberi amaran kepada semua penumpang untuk tidak menghalang pintu. 

“KCIC mengecam tindakan ini dan menggesa semua penumpang untuk tidak menyekat pintu kerana ia berpotensi merosakkan kereta api dan menjejaskan beratus-ratus penumpang lain,” kata KCIC dalam satu kenyataan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN