fbpx
MUHAMMAD Amirul Syafiq Rahmat (baju hitam) ketika dihadapkan ke Mahkamah Seremban, hari ini.

Pembantu gerai roti canai dipenjara enam bulan miliki 8,000 bahan pornografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pembantu gerai roti canai dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki lebih 8,000 bahan pornografi dewasa dan kanak-kanak di dalam telefon bimbit dan peranti elektronik miliknya, Isnin lalu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Amirul Syafiq Rahmat, 22 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara tersebut bermula daripada tarikh tangkap pada 6 April lalu.

Tertuduh turut dikehendaki menjalani kaunseling pemulihan selama setahun selepas tamat hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati memiliki bahan penganiyaan seksual kanak-kanak berbentuk video dan gambar lucah kanak-kanak di dalam telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pajam, Nilai pada 6 April lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman minimum kerana hanya membantu bapanya berniaga roti canai dan kini tinggal bersama ibu serta kakaknya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman penjara setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa pemeriksaan kesemua peranti elektronik yang dirampas daripada tertuduh telah menjumpai lebih 8,129 bahan pornografi disyaki dewasa dan kanak-kanak.

Nurul Balkis turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selepas tamat tempoh pemenjaraan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN