fbpx
VAN THAI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan memiliki bahagian hidupan liar. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Lelaki Vietnam mengaku salah simpan lebih 1,000 hempedu, lidah ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Vietnam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki lebih 1,000 bahagian hidupan liar dilindungi termasuk hempedu dan lidah ular sawa, awal bulan ini.

Tertuduh, Hoang Van Thai, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Vietnam di hadapan Hakim Madihah Zainol.

Lelaki asing itu didapati menyimpan sebanyak 1,022 hempedu ular sawa dan 191 bahagian lidah ular sawa tanpa lesen sah di sebuah premis di Taman Johor Jaya di sini pada pukul 9.50 malam, 4 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 60(1) akta sama, serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Undang-Undang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mas Izzaty Lokman, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Mahkamah menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan pengesahan status Orang Kena Tuduh (OKT) daripada Jabatan Imigresen (JIM) Johor selain keputusan berhubung jaminan.

Terdahulu, media melaporkan Perhilitan merampas pelbagai bahagian hidupan liar bernilai RM36.8 juta selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Johor Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan menemukan 602 hempedu ular sawa, 420 hempedu beruang serta 107 ketulan mampat dipercayai bahagian harimau.

Turut dirampas 135 ketulan mampat bahagian primat dan 191 batang disyaki syawat ular sawa. Semua bahagian hidupan liar itu disita untuk tindakan lanjut dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM36.8 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN