fbpx
ANGGOTA penguatkuasa JIM Johor menahan PATI dalam Ops Sapu, Ops Minyak, Ops Selera dan Ops Ajar di sekitar Batu Pahat, Selasa lalu. Foto IMIGRESEN

‘Kubu’ PATI di Batu Pahat diserbu, 24 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadikan premis perniagaan dan kawasan kediaman sebagai ‘kubu’ di sekitar daerah ini akhirnya terbongkar apabila seramai 24 individu diberkas dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor, Selasa lalu.

Serbuan menerusi Ops Sapu, Ops Minyak, Ops Selera dan Ops Ajar itu menyasarkan lokasi panas di sekitar bandar ini yang dipercayai menjadi sarang PATI serta majikan degil yang masih berani menggaji dan melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

Menurut Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, operasi yang digerakkan Bahagian Penguatkuasa Cawangan Batu Pahat itu berjaya mengesan kehadiran PATI yang aktif dalam sektor perniagaan selain bersembunyi di kawasan tumpuan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 24 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Antara yang ditahan ialah tujuh lelaki Bangladesh, dua lelaki Nepal, tiga lelaki Myanmar dan dua lelaki Indonesia.

“Turut diberkas seorang wanita Vietnam, lima wanita Myanmar, seorang wanita Bangladesh, seorang wanita Indonesia serta dua wanita Kemboja berusia antara 20 hingga 45 tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rusdi berkata, semua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut serta tindakan tegas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN