PETALING JAYA – Inti pati khutbah di Kuala Lumpur (KL) hari ini ‘Nijam (sekarang ni) belanja kena stemet-stemet (jimat-jimat) sikit…'”
Itu hantaran yang dibuat bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di media sosialnya sebentar tadi.
Beliau berkongsi antara pengisian khutbah Jumaat yang disampaikan khatib sebelum solat di sebuah masjid di ibu negara hari ini.
Hantaran itu dihujani dengan komen daripada netizen yang tertumpu kepada ‘loghat’ yang digunakan dalam khutbah tersebut.
“Johor sangat ni,” ujar @Nora Nsieey.
“Lama dah tak dengar (perkataan) ‘stemet’ tu,” komen Huda Fawzi.
“Ini jam…’nijam’ Johorian biasa pakai ini,” kata @Firdaus Jalil. – KOSMO! ONLINE














