fbpx
KBS terus diberikan kepercayaan bagi menganjurkan saingan LTdL sehingga 2028. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KBS kekal kemudi LTdL hingga 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERLUMBAAN berbasikal le­buh raya berprestij negara, Le Tour de Langkawi (LTdL) kekal di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tempoh tiga tahun (2026-2028) sekali gus menamatkan spekulasi ia bakal beralih ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas Kertas Jemaah Menteri dibentangkan pada 8 April lalu dan KBS kekal menganjurkan perlumbaan berstatus UCI ProSeries itu dengan peruntukan RM12 juta.

Menurutnya, kelulusan itu menyaksikan KBS kembali menjadi peneraju utama pe­nganjuran perlumbaan tersebut.

“LTdL telah mendapat pengiktirafan sebagai antara penganjur terbaik di dunia oleh UCI. Kita telah mendapat pengiktirafan tersebut.

“Sebab itu kita yakin bahawa LTdL ini kita mampu untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin dan kita telah pun mendapat kelulusan Kabinet,” katanya.

Bagi edisi tahun ini, Taufiq menjelaskan, dana yang sama iaitu RM12 juta akan digunakan menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), namun usaha mendapatkan tajaan tambahan te­rus dipergiatkan.

Taufiq mengakui, cabaran utama tahun ini adalah tempoh persiapan yang singkat, namun optimis penganjuran dapat dilaksanakan dengan baik termasuk menarik penyertaan pasukan bertaraf WorldTeam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN