fbpx
Gambar hiasan.

Kadar pengangguran kekal 2.9%, bilangan penganggur turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kadar pengangguran pada Februari lalu kekal 2.9 peratus seperti bulan sebelumnya, meskipun jumlah penganggur menunjukkan penurunan sebanyak 0.6 peratus kepada 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedudukan ekonomi Malaysia secara keseluruhan pada Februari 2026 kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang stabil serta pengembangan berterusan dalam sektor perkhidmatan dan aktiviti berkaitan pelaburan.

“Kedudukan ekonomi turut dicerminkan oleh pasaran buruh yang kekal stabil, di samping memperlihatkan isyarat awal berlakunya penyesuaian struktur secara beransur-ansur.

“Tenaga buruh pada bulan tersebut terus mencatatkan peningkatan, naik 0.1 peratus kepada 17.3 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Januari 2026: 17.28 juta orang), manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.2 peratus dengan 288,700 orang penganggur, sedikit menurun daripada 289,700 pada Januari 2026.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun juga tidak berubah pada 6.2 peratus, merekodkan 389,500 penganggur berbanding 390,500 pada Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN