fbpx
Hantaran Sam Lim di TikTok mengenai perkahwinan bersama pasangannya, Parisa Ardina hari ini.

Ini bukan ‘marketing, tahniah Sam Lim nikah gadis Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina, selepas selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung hari ini.

Majlis yang cukup romantis dan tenang itu menyaksikan Sam Lim menyerahkan mas kahwin serta hantaran sebagai tanda sah ikatan mereka, sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat.

Menerusi hantaran rakannya iaitu Nicholas di Tiktok, Sam Lim berkata, hubungannya bukan sekadar taktik pemasaran tetapi ia adalah yang sebenar.

Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah.

“Kami dah kahwin. Kami bukan ‘marketing’, saya kaya dan sudah popular, tak perlu semua ni,” katanya.

Momen indah pasangan ini turut dikongsi melalui hantaran di media sosial, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan hubungan ‘sweet’ pasangan pempengaruh tersebut.

Sam Lim tampil segak dan kemas, manakala Parisa kelihatan cukup anggun dan menawan dalam busana pengantin yang ringkas namun tetap menyerlahkan seri wajahnya.

Pasangan yang cukup dikenali dengan konten kreatif dan mencuit hati di TikTok dan Instagram ini mula mendapat perhatian ramai kerana keserasian mereka, sebelum akhirnya memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Terdahulu, berita mengenai hubungan mereka sering menjadi bualan pengguna, namun kedua-duanya lebih selesa berkongsi perkembangan secara berperingkat sehinggalah hari bahagia mereka tiba.

Meninjau ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan doa serta ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakannya yang turut tumpang gembira.

“Tahniah Sam Lim, semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,” kata pengguna Ammar Qayyum. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN