fbpx
KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah van dan treler serta lori di KM 212 Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran kawasan simpang ke arah Taman Golden Hill, Gemas Baru, Segamat pada 2 April lalu. Foto BOMBA

APAD batal lesen syarikat treler, pemandu lalok punca kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali (LA) syarikat MFG Barokah Enterprise susulan kemalangan maut melibatkan sebuah treler kendalian syarikat itu dengan dua kenderaan lain di persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu pada 2 April lalu.

APAD dalam kenyatan berkata, hasil siasatan mendapati MFG Barokah Enterprise gagal mematuhi Perkara 30 Keperluan Tahap Perkhidmatan iaitu keperluan mematuhi Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP).

Katanya, syarikat juga gagal memastikan kenderaan diselenggara dengan baik, gagal mengawal/menjaga kelakuan pemandu, gagal mengutamakan keselamatan pengguna yang lain dan mempunyai rekod pemanduan melebihi had kelajuan dibenarkan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen (JPPL) APAD Bilangan 3 Tahun 2026 yang bersidang pada semalam memutuskan, syarikat MFG Barokah Enterprise gagal memenuhi syarat lesen diperuntukkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(viii), Seksyen 58(1)(b) dan Seksyen 58(1)(c) Akta 715.

“Selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Akta 715, APAD memutuskan untuk membatalkan Lesen Pengendali 202303040540 berkuat kuasa pada hari ini,” kata APAD.

Dengan terbatalnya Lesen Pengendali berkenaan, MFG Barokah Enterprise tidak dibenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali Berkenaan.

“APAD menegaskan supaya semua pengendali berlesen wajib mematuhi syarat-syarat lesen ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, yang seterusnya boleh menyebabkan lesen dibatalkan.

“APAD sentiasa komited untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam darat yang holistik, cekap, efisien, selamat dan berdaya saing, demi manfaat rakyat, selaras dengan Nilai Teras Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan insan,” menurut APAD.

Kosmo! pada 2 April lalu melaporkan, tiga sekeluarga maut, manakala dua lagi parah dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran kawasan simpang ke arah Taman Golden Hill, Gemas Baru, Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail dipetik berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 3.45 petang itu melibatkan sebuah treler, van dan sebuah lori 10 tan.

Pada Selalu lalu, pemandu treler dipercayai lalok dadah yang menyebabkan nyawa tiga sekeluarga terkorban telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Segamat atas tiga pertuduhan membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN