fbpx
TIZ menegaskan perjuangan dibawa peserta misi tersebut bukan perkara remeh, malah melibatkan risiko besar demi tujuan kemanusiaan sejagat.

‘Ambil risiko tinggi pecahkan kepungan, jangan putar belit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah menempelak segelintir pihak yang memutar belit misi kemanusiaan Sumud Flotilla sehingga dilihat sebagai isu negatif dalam media sosial.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, menegaskan perjuangan dibawa peserta misi tersebut bukan perkara remeh, malah melibatkan risiko besar demi tujuan kemanusiaan sejagat.

“Mereka berada di luar sana menjalankan misi global berisiko tinggi untuk memecahkan kepungan, tetapi di sini masih ada yang mempertikaikan apa wanita boleh atau tidak boleh lakukan.

“Kita tidak berhak menentukan apa orang lain mahu perjuangkan dalam hidup mereka.

“Tiada apa perlu dibuktikan. Cubalah jadi insan lebih baik dengan memberi kata semangat serta dorongan,” katanya dalam Threads.

Tambah bintang drama Impiana: Karma itu, masyarakat seharusnya menyokong usaha tersebut, bukannya memutar belit sehingga mengundang persepsi negatif.

“Sertailah semangat itu. Jangan memutar belit hingga perkara ini kelihatan salah.

“Kita perlu bersama mengumpul kekuatan untuk berjuang. Malulah sedikit dengan sikap pahit seperti itu,” ujarnya.

Kenyataan tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menyokong pandangan dilontarkan selain memuji keberanian bersuara dalam isu kemanusiaan.

Namun, terdapat juga segelintir pihak berpendapat isu tersebut perlu dilihat dari pelbagai sudut sebelum membuat sebarang penilaian.

Terdahulu, isu berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas seorang peserta Global Sumud Flotilla (GSF) mempertahankan tindakan pelakon Nadzmi Adhwa yang memberi keizinan kepada isterinya, Ardell Aryana, untuk menyertai misi Sumud Flotilla 2.0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN