fbpx
Tangkap layar aksi suspek yang diburu dalam kejadian di Kampung Olak Lempit, Banting.

[VIDEO] Lelaki diburu kebas rim van depan rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang lelaki diburu selepas aksinya mencuri empat biji rim berserta tayar di pekarangan sebuah rumah di Kampung Olak Lempit, Banting di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi dengan perbuatan suspek itu dirakam jiran mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati suspek datang ke lokasi dengan menaiki sebuah kereta yang telah dikenal pasti sebelum bertindak melarikan rim dan tayar berkenaan.
Katanya, kejadian tersebut turut dirakam melalui video dan kini tular di media sosial.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN