TRIP yang asalnya untuk jigging bertukar kepada pancingan dasar sahaja kerana cuaca masih lagi tidak sesuai ke lubuk-lubuk pilihan untuk aktiviti mengunjun. Pada pukul 5.30 petang, bot bertolak dari jeti dan kami tiba di lokasi pertama satu jam selepas itu. Kami tidak membawa sebarang umpan, jadi tekong berhenti di satu tempat untuk mencandat sotong. Namun, hanya seekor sotong yang dapat dicandat sebaik sahaja malam menjelma. Memandangkan sotong langsung tidak mahu membedal candat, tekong terpaksa menggunakan jala untuk mendapatkannya. Jala sotong……














