fbpx
TRUMP bercakap tentang konflik dengan Iran di bilik taklimat akhbar White House pada 6 April lalu. – AFP

Tentera Angkasa sedang awasi Iran – Presiden Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

WASHINGTON –  Presiden Donald Trump menyatakan  bahawa Iran berada di bawah pengawasan Space Force atau Tentera Angkasa Amerika Syarikat(AS), demikian menurut apor akhbar Metro.co semalam.

“Amerika akan berkerjasma rapat dengan Iran, yang mana kami pastikan telah mengalami perubahan rejim yang sangat produktif.

“Tiada pengayaan Uranium akan berlaku  dan  AS akan bekerjasama dengan Iran untuk  menggali dan mengeluarkan semua  debu nuklear yang tertanam jauh di dalam tanah.

“Ia kini dan telah pun berada di bawah pengawasan satelit yang sangat ketat (Tentera Angkasa!). Tiada apa-apa telah disentuh sejak tarikh serangan dilakukan. Kami sedang, dan akan membincangkan pembatalan tarif serta sekatan dengan Iran.

“Banyak daripada 15 perkara (syarat gencatan senjata) itu telah pun dipersetujui. Terima kasih atas perhatian anda kepada perkara ini. Presiden DONALD J. TRUMP,” katanya di laman web rasmi Truth Social.

Space Force merupakan sayap ketenteraan AS yang ditubuhkan oleh Trump dan beroperasi sejak 2019.

Tidak jelas pengawasan yang  dimaksudkan oleh Trump tetapi ia berkemungkinan melibatkan pemantauan tapak nuklear Iran terdahulu, yang didakwa dimusnahkan pada musim panas tahun  lalu.

Mengenai ‘debu nuklear’, cadangan sebelum ini menyatakan bahawa Trump boleh menghantar tentera untuk mendapatkan kembali simpanan uranium Iran  yang tertanam di dalam pasir semasa perang Iran-AS selama 12 hari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN