fbpx
Fahmi (tengah) ketika merasmikan Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, hari ini.

Mediasi jadi jalan lindungi poket penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan pendekatan penyelesaian pertikaian secara mediasi bagi membantu penggiat industri perfileman mengelakkan kos guaman yang tinggi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Insolvensi, dengan sokongan Jabatan Bantuan Guaman.

Menurutnya, langkah tersebut membolehkan kes melibatkan pertikaian kontrak atau isu industri diselesaikan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang.

“Bagi kes yang bernilai bawah RM250,000, ia boleh dibawa ke proses mediasi supaya kos guaman dapat dikurangkan dan penyelesaian dicapai dengan lebih cepat,” ujarnya.

Belia berkata demikian pada sidang akhbar selepas Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati hari ini.

Beliau menjelaskan, pendekatan itu penting memandangkan industri perfileman sering berdepan isu kontrak, bayaran dan kerjasama produksi yang boleh mencetuskan konflik antara pihak terlibat.

Tambahnya, selain menjimatkan kos, mediasi juga memberi ruang kepada kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara harmoni tanpa menjejaskan hubungan profesional.

Dalam masa sama, Fahmi berkata, kerajaan turut memberi perhatian terhadap perlindungan hak cipta dalam kalangan seniman, khususnya dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI).

Katanya, keupayaan AI menghasilkan kandungan yang menyerupai wajah dan suara individu sebenar menimbulkan cabaran baharu dari sudut undang-undang.

“Wajah dan suara artis adalah aset utama mereka. Jadi aspek perlindungan hak cipta ini perlu diteliti supaya tidak berlaku penyalahgunaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Finas meneliti kerangka perundangan sedia ada bagi memastikan hak penggiat seni terus dilindungi selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha memperkukuh ekosistem industri kreatif negara bukan sahaja dari segi ekonomi, malah perlindungan undang-undang kepada pemain industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN