fbpx
Mangsa ditemukan lemas kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia terjatuh di Terusan Sungai Dua, Kepala Batas, petang tadi.

Mangsa main di gigi air dengan rakan sebelum jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kanak-kanak enam tahun yang ditemukan lemas di Terusan Sungai Dua, Kepala Batas di sini, petang tadi sebelum itu dikatakan bermain di gigi air bersama seorang rakannya.

Mangsa, Muhammad Aryan Hakim Muhammad Jamaluddin dilaporkan tergelicir sebelum terjatuh ke sungai dengan anggaran kedalaman kira-kira lima meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, perkara tersebut dimakumkan rakan mangsa yang ketika itu berada bersamanya di lokasi kejadian.

“Terima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.29 petang tadi yang mangsa telah ditemui hanyut dan terapung dengan anggaran jarak tiga kilometer dari lokasi dia telah terjatuh. Keadaan sungai berarus dengan kedalaman kira-kira lima meter.

“Pasukan bomba bertindak terjun ke terusan bagi menyelamatkan mangsa dan memberi rawatan awal.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, sebentar tadi.

Tambah beliau, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang kanak-kanak lelaki enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti riadah kira-kira pukul 5 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN