fbpx
Gambar dimuat naik di Threads oleh Muazmalek berhubung kawasan di Seksyen 15, Shah Alam didakwa menjadi tempat 'lepak' burung gagak sekali gus mengganggu orang ramai dengan najis haiwan tersebut.

‘Laluan paling seram di Seksyen 15’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Warga Shah Alam sering dihantui satu laluan yang dikatakan kawasan serangan ‘bom roket’ daripada burung gagak di Seksyen 15.

Pengguna aplikasi Threads, Muazmalek berkongsi gambar laluan yang kelihatan redup dengan pokok-pokok besar, namun sebenarnya menjadi tempat ribuan burung gagak berteduh melepaskan najis kepada pengguna jalan raya.

“Ini antara jalan yang agak seram di Shah Alam. Lagi-lagi kalau kau lalu naik motosikal,” katanya.
Rata-rata pengguna turut bersetuju mengatakan laluan tersebut sering ‘dihujani’ dengan najis burung.

“Ini laluan pergi balik kerja aku. Kalau nasib tidak baik memang kena ‘bom roket’,” balas Asyrafadams.

Menurut Hafizemasuti, kenderaan yang baru dibersihkan dan dikilat (polish) sering menjadi sasaran utama burung gagak seolah-olah haiwan itu mempunyai ‘radar’ untuk mengesan pemilik kenderaan yang baru keluar dari pusat mencuci kereta.

“Lagi-lagi selepas kau basuh dan polish (kilat) kereta, memang jadi sasaran gagaklah ye,” ujarnya.

“Pernah kena setepek depan muka. Nasib baik helmet visor (topi keledar bertutup penuh),” kata Benshahriezan pula.

“Sebelum masuk kawasan, tarik nafas dahulu. Kalau naik motor, pastikan mulut tertutup rapat, takut ada tempias masuk dalam mulut,” seloroh Ahmadmuazshahmy. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN