fbpx
Anwar beramah mesra dengan warga MOT selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan dibuat seorang tokoh agama berkaitan kenaikan harga minyak baru-baru ini kerana ia dilihat mengelirukan rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak menyangka seorang yang bergelar ulama terkenal sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ada ulama yang terkenal, yang ada banyak (ramai) pengikutnya yang memberi pandangan, umpamanya dengan mengatakan, tak betul, minyak tak naik, di Malaysia saja naik.
“Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara, tapi diselubungi oleh fahaman agama dan al-Quran menyebabkan orang agak percaya. Tapi dia tidak membantu, malah mengelirukan,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Katanya, beliau meraikan setiap pandangan jika ia bertujuan untuk memperbaiki namun, tidak boleh menghukum (mengeluarkan kenyataan tidak tepat).

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa rakyat sekali lagi ‘ditipu’ kerajaan susulan kenaikan harga minyak di Semenanjung, sambil mempersoalkan mengapa langkah sama tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, tiada alasan kukuh untuk kerajaan menaikkan harga minyak kerana Malaysia bukan negara yang terlibat dengan sekatan Iran di Selat Hormuz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN