fbpx
PRESIDEN Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan (tengah) bersama dan Produser Am Konami Digital Entertainment, Junichi Taya (tujuh kiri) pada majlis kerjasama MFL dan Konami di Kuala Lumpur hari ini.

Arif Aiman, Faisal Halim sama ‘power’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain paling bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan kapten Selangor FC, Faisal Halim mengesahkan status mereka sebagai anak tempatan paling ‘padu’ apabila diberikan penilaian sama hebat dalam permainan e-Sukan, eFootball.

Menurut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh eFootball dalam kemaskini hari ini, Arif Aiman yang mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Faisal menerima rating keseluruhan sebanyak 92, disusuli dengan penyerang Kuala Lumpur City, Safawi Rasid yang memiliki rating 90.

Penarafan itu sekali gus meletakkan mereka sebagai antara wajah utama bola sepak tempatan dalam permainan video popular keluaran syarikat terkemuka Jepun, Digital Entertainment Co., Ltd. (Konami) pada edisi kali ini.

Sebagai rekod, Konami mendapat hak pelesenan penuh kelab-kelab yang bertanding dalam saingan Liga Super pada majlis kerjasama diumumkan hari ini.

Menerusi kemas kini eFootball versi 5.4, penyokong bola sepak tempatan boleh menggunakan 13 kelab Liga Malaysia lengkap dengan jersi rasmi, senarai pemain terkini dan pengalaman permainan lebih autentik.

Selain Arif Aiman dan Faisal, beberapa lagi pemain tempatan turut menerima penarafan tinggi termasuk Akhyar Rashid (91), Takumi Sasaki (90), Dominic Tan (89) dan Azam Azih (89).

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata kerjasama itu membuka dimensi baharu buat bola sepak tempatan untuk berhubung dengan peminat.

“Buat pertama kalinya, penyokong boleh mewakili kelab Liga Malaysia kegemaran mereka dalam eFootball, sekali gus membawa keterujaan dan persaingan liga kami ke dunia digital,” katanya.

Langkah itu turut dijangka memberi nilai tambah besar kepada perkembangan jenama Liga Malaysia di pentas global, selain memperkenalkan lagi pemain tempatan seperti Arif Aiman dan Faisal kepada komuniti permainan bola sepak antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN