fbpx
Petugas MBJB mengangkat tong yang dijadikan alat 'cop parkir' oleh individu tidak bertanggungjawab.

[VIDEO] Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa diserbu MBJB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik ‘cop parkir’ menggunakan tong, kon dan objek di kawasan awam tidak lagi menjadi apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mula bertindak tegas menyita barangan tersebut.

Menurut perkongsian seorang pengguna di TikTok, petugas MBJB menyita pelbagai objek termasuk tong cat yang digunakan penduduk bagi menghalang orang lain meletakkan kenderaan.

Dalam operasi tersebut, petugas berkenaan dilihat mengangkat beberapa tong yang dijadikan ‘penanda’ oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tindakan itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang rata-rata menyokong penguatkuasaan lebih tegas bagi menangani isu berkenaan.

“Satu lagi isu yang pihak majlis perlu ambil tahu dan beri perhatian ialah kenderaan rosak dan buruk yang diletakkan terlalu lama sampai menyusahkan banyak pihak. Isu ini macam tiada siapa bersuara dan ambil serius,” kata Muhd Don.

“Tempat aku duduk, satu rumah sampai lima mereka cop parkir,” komen Axz.

“Patut semua rumah flat macam ini dah ada petak parkir satu rumah untuk satu parkir. Kalau yang ada dua atau tiga kereta, pandai-pandailah cari tempat lain. Sekurang-kurangnya satu rumah mesti ada satu parkir,” tulis Afiq Apiet. – KOSMO! ONLINE

@sibuklah.ko♬ Hoi hoi ya hoi Aduhai Malaysia Ver.2 – 𝙁𝙧𝙖𝙯𝙤𝙧𝙍𝙖𝙯

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN