PORT DICKSON – Selepas sebulan tular kehadiran seekor buaya tembaga bersaiz besar berhampiran PD Waterfront di sini, awal bulan lalu, kecoh pula kemunculan anak buaya di kawasan peranginan berkenaan baru-baru ini.
Video berdurasi 32 saat yang tular sejak semalam itu memaparkan anak buaya tersebut berada di dalam longkang berhampiran sebuah kedai makan serta pasar raya.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang keliru apabila keterangan video berkenaan menunjukkan reptilia tersebut adalah biawak bersaiz besar.
Bagaimanapun, setelah diamati, ciri-ciri haiwan tersebut jelas terpapar dengan corak kulit bersisik keras serta muncung panjang yang merupakan seekor anak buaya. – KOSMO! ONLINE














