fbpx
Fadil pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

Tiga individu buat kecoh di program SPRM direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga individu dipercayai aktivis yang dipercayai menimbulkan kekecohan pada program Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini direman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini lebih dua laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian tersebut.

Fadil berkata, polis membuka kertas siasatan membabitkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan serta pencerobohan.

“Siasatan sedang dilengkapkan dengan kadar segera,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo melaporkan suasana tenang pada prgoram Wacana Ilmiah Perdana di Dewan Tun Dr. Ismail, WTCKL bertukar kecoh apabila sekumpulan individu melakukan protes secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, dua lelaki dilihat mengangkat poster tertera ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’.

Tindakan tersebut dilakukan ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucapan di atas pentas.

Situasi menjadi semakin tegang apabila seorang lelaki berbaju-T hitam bertulis ‘Pusat Pembangunan Rakyat (Mandiri)’ dilihat bertikam lidah dengan pegawai bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN