fbpx
ADLY ZAHARI (kiri) ketika menyempurnakan Peluncuran Program IA-ATM di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Tiada keperluan TLDM iring kapal Malaysia di Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan tiada keperluan buat masa ini untuk kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengiringi kapal-kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keutamaan TLDM ketika ini adalah memberi fokus kepada aspek keselamatan perairan negara berbanding terlibat secara langsung dalam isu di laluan strategik berkenaan.

“Buat masa ini tidak ada keperluan kita di situ, di peringkat TLDM lebih tertumpu kepada menjaga keselamatan negara.

“Namun TLDM sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Peluncuran Program IA-ATM Kem Terendak di Sungai Udang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerjasama antara Malaysia dan Iran ketika ini berada dalam keadaan baik.

“Kerjasama yang terjalin adalah baik dan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Iran setakat ini telah dilaksanakan.

“Kita melihat melalui Kementerian Luar bahawa Malaysia mempunyai hubungan yang agak baik dengan Iran dan ini merupakan kerjasama antara negara dengan negara,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia akan terus berusaha memperkukuh hubungan dua hala demi memastikan keamanan serantau dapat dicapai, selain menghormati kedaulatan setiap negara.

Tambahnya, hasrat negara ini adalah untuk mencapai keamanan dan dalam masa sama kita mesti menghormati kedaulatan negara-negara lain, termasuk Iran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN