fbpx
ANTARA dadah yang dirampas JSJN Bukit Aman di Jalan Pandan Indah, Jumaat lalu. Foto IHSAN PDRM

Sindiket dadah RM8.6 juta tumpas, 2 ‘runner’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Lembah Klang tumpas selepas dua ‘runner’ diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Jumaat lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan di kawasan parkir kondominium di Jalan Pandan Indah itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan dan wanita asing berusia 42 dan 28 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 50 bungkusan disyaki ketamin seberat 51.43 kilogram (kg) sebelum serbuan susulan dilakukan di kondominium yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Antara dadah yang dirampas adalah 43.77kg methamphetamine, ketamin (1.89kg), MDMA (1.01kg), cecair vape mengandungi MDMA (17.57kg) dan pil ekstasi (6.3kg).

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM8.58 juta dan mampu merosakkan kira-kira 424,000 orang sekiranya terlepas ke pasaran.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek berperanan sebagai penjaga stor dan ‘runner’ dengan upah RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap penghantaran sejak Januari lalu.

Sindiket tersebut turut menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain menjadikan rumah sewa sebagai stor simpanan dadah.

Tambahnya, Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan ketamin, manakala seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Orang ramai diseru menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN