fbpx
Sheikh Farouk.

Sheikh Farouk cuma lapan bulan jadi CEO TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) selepas cuma kurang lapan bulan menggalas kerusi panas tersebut.

Jurucakap TFC berkata, peletakan jawatan berkuat kuasa 1 April lalu itu bagi memberi laluan kepada peluang baharu dalam kerjaya Sheikh Farouk yang juga bekas Pengarah Urusan Aeon Big (M) Sdn. Bhd.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya sejak Ogos tahun lalu, Sheikh Farouk telah memainkan peranan penting memperkukuh pengurusan serta menyumbang kepada pembangunan TFC.

“Pihak pengurusan kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen serta dedikasi beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap TFC berkata, sumbangan Sheikh Farou akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kelab serta penyokong kelab Sang Penyu.

Sementara itu, Sheikh Farouk dalam kenyataan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga TFC atas sokongan diberikan sepanjang tempoh beliau bersama pasukan tersebut.

“Saya mendoakan kejayaan berterusan buat TFC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN