fbpx
Seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah telah ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 57 tahun berhubung kes rusuhan terbabit.

Seteru perniagaan, ‘gengster’ punca rusuhan di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham di antara seteru perniagaan serta dendam peribadi dipercayai menjadi motif kejadian khianat dan rusuhan membabitkan lebih 60 individu di sebuah pusat hiburan karaoke, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah telah ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 57 tahun.

Menurutnya, tangkapan dibuat secara berasingan bermula Isnin lalu di dalam dan luar Lembah Klang.

“Hasil siasatan mendapati, individu ditahan dipercayai telah direkrut (kumpulan gengster) dan diupah untuk melakukan khianat serta rusuhan.

“Bagaimanapun, polis masih giat menjalankan siasatan dan mengesan beberapa individu yang masih bebas,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini

Mengulas lanjut, Fadil berkata, semakan mendapati premis terbabit beroperasi secara sah dan mempunyai lesen, namun dipercayai menggunakan kongsi gelap dalam operasi.

Mengulas lanjut, katanya, seramai lapan individu yang direman selama dua hari telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Permohonan reman ke atas 37 lagi individu yang terlibat sedang dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, sebuah lori dan empat kenderaan lain yang digunakan dalam kejadian turut dirampas.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu sambil membawa objek dipercayai kayu besbol menceroboh sebuah pusat hiburan dan melakukan khianat.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah hari itu, sebuah lori turut digunakan untuk merempuh bahagian pagar premis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN