fbpx
GALLIFUOCO mengharungi tempoh kerjaya di negara ini melebihi lima tahun sekali gus membolehkannya untuk dinaturalisasikan.

‘Senjata’ baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARAPAN pemain pertahanan import Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebagai tonggak naturalisasi pada aksi antarabangsa akan datang semakin cerah.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar yang mendedahkan Gallifuoco semakin hampir untuk menukar kerakyatannya jika proses dokumentasi berjalan lancar.

“Dia (Gallifuoco) hampir menjadi rakyat Malaysia. Buat masa ini, itu sahaja yang saya tahu kerana belum lagi lulus (sepenuhnya),” katanya ketika ditemui secara ringkas.

Perkembangan itu pastinya memberi suntikan baharu buat skuad Harimau Malaya yang kini dalam proses memperkukuhkan pasukan terutama di posisi pertahanan selepas tewas 1-4 kepada Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, minggu lalu.0

Kosmo! sebelum ini melaporkan Gallifuoco yang pernah mewakili akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur antara empat calon import yang bakal dinaturalisasikan selepas menetap lebih lima tahun di negara ini.

Selain Gallifuoco, dua tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dijangka layak untuk menyertai pasukan pada kem latihan untuk aksi antarabangsa seawal Jun depan sebagai persiapan menyertai Piala ASEAN bermula Julai nanti.

Tonggak Selangor kelahiran Ghana, Alex Agyarkwa juga menjadi seorang lagi calon yang berpotensi untuk dinaturalisasikan selepas menyarung jersi Gergasi Merah sejak 2021.

Sebelum ini, pengendali skuad negara, Peter Cklamovski mendedahkan Bergson dan Gallifuoco tidak sempat untuk menyertai kem kebangsaan ketika menentang Vietnam bulan lalu kerana masalah dokumentasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN