‘Kalau ada rezeki memang saya teringin nak hantar anak ke tahfiz, tengok pencapaian mereka saya sebak.’
Demikian ungkap pelakon Datuk Fizz Fairuz yang terkenal yang terkesan dengan pencapaian pelajar-pelajar sebuah maahad di Pahang yang merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan 25 calon memperoleh keputusan semua A.
Jelasnya, apa yang telah dibuktikan oleh mereka begitu besar maknanya kepada semua pihak memandangkan tahfiz di bawah Yayasan Pahang tersebut baru sahaja membuka pusat peperiksaan tahun lalu.
‘Kalau ada rezeki memang saya teringin untuk menghantar anak ke tahfiz. Bila tengok pencapaian anak-anak tahfiz saya sebak’
Demikian ungkap pelakon Datuk Fizz Fairuz yang terkesan dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar di sebuah pusat pengajian Islam, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Tahfiz berkenaan meraih pencapaian dengan semua calon layak memiliki sijil manakala 25 daripada 48 calon memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil.
Jelasnya, apa yang telah dibuktikan pelajar-pelajar terbabit begitu besar maknanya kepada semua pihak, terutama anak Pahang seperti dirinya.
“MTTNP yang merupakan institusi bawah Yayasan Pahang baru sahaja membuka pusat peperiksaan tahun lalu tetapi meraih berjaya meraih pencapaian memberansangkan. Sebagai salah seorang rakyat Pahang, saya berbangga dengan keputusan yang diperoleh mereka.
“Apabila mereka meletakkan al-Quran di dalam dada, mereka bukan sahaja meletakkan agama di hadapan tetapi ilmu akademik juga ikut cemerlang bersama.
“Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh boleh berjaya selagi meletakkan Al-Quran sebagai pedoman.
“Saya terharu dan berharap pelajar tahun ini akan meneruskan kecemerlangan dalam SPM,” tambahnya lagi.
MTTNP tidak hanya menekankan kepada hafazan 30 juzuk Al-Quran semata-mata sebaliknya setiap pelajar turut aktif dalam bidang kokurikulum seperti mana yang digariskan.
Pelajar turut diberikan penekanan tentang modal insan bagi menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi seperti mana yang diharapkan sebahagian besar ibu bapa.
“Inilah generasi yang akan menjadi penyambung kepimpinan negara. Insya-Allah sekiranya ada rezeki saya sendiri mahu menghantar anak ke sana.
“Semoga mereka dapat mengikut jejak langkah yang telah dilakar oleh pelajar cemerlang hari ini,” kata suami kepada pelakon Almy Nadia ini lagi.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama Almy pada 2014, Fizz dikurniakan lima cahaya mata, Nur Afrina Darwisyah,15, (anak angkat) Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3, dan Nur Afrina Alisya, 2. – KOSMO! ONLINE














