fbpx
Sebuah rumah teres dua tingkat Taman Desa Pendidik, Ampang, di sini, musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran petang ini.

Rumah teres 2 tingkat terbakar 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat Taman Desa Pendidik, Ampang, di sini, musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan pada pukul 6.25 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat dengan api dilaporkan marak ketika anggota tiba.

“Kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan dan setakat ini kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman turut dibantu BBP Keramat dengan kekuatan keseluruhan seramai 15 anggota menggunakan dua jentera FRT dan sebuah lori tangki air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN