KUALA LUMPUR – Sebuah rumah dilaporkan terbakar di kawasan AU1C, Keramat, Setiawangsa, di sini, hari ini.
Menerusi perkongsian siaran langsung di TikTok, kebakaran dengan kepulan asap dilihat masih berlaku ketika rakaman dibuat.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.15 petang.
Difahamkan, pasukan bomba baharu tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman. – KOSMO! ONLINE














