fbpx
Antara penunggang motosikal yang ditahan sepanjang operasi sekitar Kuala Langat.

Rempit ekzos bingit kena ‘sapu’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Keseronokan sekumpulan mat rempit beraksi dengan bunyi ekzos bingit memakan diri apabila digempur menerusi Op Motosikal di beberapa lokasi sekitar Bukit Changgang dan Banting, baru-baru ini.

Operasi bermula 3 hingga 5 April itu memeriksa 70 individu dan 55 motosikal terlibat dalam kegiatan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd. Sufian Amin berkata, beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis bagi mengelak diperiksa.

Bagaimanapun katanya, anggota bertugas berjaya mengawal keadaan dan tiada sebarang tindakan agresif berlaku sepanjang operasi dijalankan

“Hasil pemantauan mendapati kumpulan terbabit menunggang secara berbahaya termasuk bersaing sesama sendiri selain menggunakan ekzos yang diubah suai sehingga menghasilkan bunyi bising.

“Sebanyak 77 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, ubah suai struktur kenderaan, tidak memakai topi keledar dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,” katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menyita sembilan motosikal melibatkan jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 125 dengan penahanan penunggang berusia lingkungan 15 hingga 30-an.

“Penyitaan dibuat atas kesalahan ubah suai yang ekstrem dan tindakan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN