fbpx
Pewphan berucap dalam satu sidang akhbar semalam. - KomChadLuek

Polis minta mangsa bayar duit minyak digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pegawai polis di wilayah Udon Thani, Thailand digantung tugas selepas meminta bayaran untuk mengisi minyak kenderaan daripada mangsa kecurian, lapor portal berita Thaiger. 

Polis itu turut mengancam bahawa sebarang siasatan tidak akan dijalankan tanpa bayaran tersebut.

Perbuatan itu terbongkar selepas anak saudara kepada mangsa, Moofern memuat naik rakaman video di platform TikTok baru-baru ini. 

Dalam video tersebut, Moofern berkata, ibu saudaranya telah membuat aduan kepada seorang pegawai polis di Balai Polis Mueang Sam Sip selepas seorang pencuri menceroboh masuk ke dalam rumah dan mencuri barang berharga. 

“Polis yang mengendalikan aduan tersebut memberitahu bahawa ibu saudara saya perlu memberikan wang bagi menampung kos minyak sekiranya dia mahu siasatan dijalankan kerana harga petrol melonjak,” kata Moofern. 

Jurucakap Polis Diraja Thailand (RTP), Trairong Pewphan berkata, pegawai berkenaan mengaku meminta bayaran minyak daripada ibu saudara Moofern, menyebabkan dia digantung tugas. 

“Dia akan dihukum sekiranya siasatan mengesahkan salah laku,” tambah Trairong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN