fbpx
Orang ramai berdiri di luar bangunan susulan kebakaran di kawasan pengambilan bagasi dan imigresen kelmarin. - BPM

Penumpang diarah keluar, lapangan terbang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penumpang sebuah lapangan terbang utama di Britain berdepan detik cemas apabila mereka diarah untuk berpindah susulan kebakaran di kawasan pengambilan bagasi dan imigresen, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Birmingham, West Midlands semalam. 

Kawalan Kebakaran West Midlands berkata, beberapa anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kemunculan asap di Terminal Utara.

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai berdiri di luar bangunan ketika pasukan kecemasan meneliti keadaan. 

Seorang saksi dikenali sebagai Vicky berkata: “Kawasan ketibaan dan pengambilan bagasi dipenuhi asap. Bunyi penggera kedengaran ketika beg dipunggah dan kami diarah untuk berpindah.”

Jurucakap Lapangan Terbang Birmingham berkata: “Kami bekerjasama dengan rakan kongsi kecemasan dan sebagai langkah berjaga-jaga, penumpang telah dikosongkan dari kawasan Terminal Utara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN