fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pelajar lelaki itu meminta kebenaran untuk pulang ke rumah. - TikTok 

Pelajar minta izin pulang, terlupa angkat jemuran benih padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelajar di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila meminta kebenaran daripada gurunya untuk pulang ke rumah bagi mengangkat benih padi yang dijemur, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pelajar lelaki itu memasuki bilik guru dan meminta izin untuk pulang ke rumahnya.

Dia ingin pulang demi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapanya iaitu mengangkut benih padi.

Rakaman itu mencatatkan lebih 201,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Calon manusia yang akan berjaya,” kata seorang netizen.

“Guru itu bijak dan memahami kesulitan yang dihadapi anak muridnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN