fbpx
SHEO MING didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap murid perempuan, 1 April lalu.

Padah ganggu budak tunjuk ‘aset’, bapa anak satu didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan tidak bermoral seorang lelaki mengganggu kanak-kanak perempuan dengan menunjukkan kemaluannya membawa padah apabila dia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Ong Sheo Ming, 54, yang merupakan bapa satu anak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda selain pengawasan polis selama setahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun di sebuah kawasan sekolah di Tampoi pada pukul 1.30 tengah hari, 1 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dan adik saudaranya yang sedang berjalan didatangi suspek yang menaiki kereta dan memanggil mereka dengan alasan untuk bertanyakan sesuatu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira kepentingan awam dan kesejahteraan mangsa.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman ringan dengan alasan dia kehilangan kerja sejak hujung tahun lalu selain menanggung keluarga. Tertuduh juga sudah menyesal selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN