TANGKAK – Seorang wanita warga emas meninggal dunia di dalam sebuah bas di kawasan Bukit Gambir, Tangkak pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya menerima satu panggilan telefon daripada seorang pemandu bas menyatakan penumpangnya dalam bas tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.
“Mangsa seorang warga emas wanita berusia 64 tahun menaiki bas dalam perjalanan ke Muar didapati tidak sedarkan diri oleh pemandu bas.
“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Gambir telah dihubungi dan membuat pemeriksaan ke atas mangsa didapati tiada tanda-tanda kehidupan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tangkak dan laporan bedah siasat telah mengesahkan sebab kematian adalah Coronary Artery Disease,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE














