REMBAU – Tindakan seorang pemandu membawa kereta dengan nozel pam selepas mengisi petrol di sebuah stesen di Tampin mendapat perhatian ramai.
Menerusi video berdurasi 27 saat itu, kereta berkenaan dikatakan tidak menyedari nozel pam masih di corong tangki kereta Proton Iswara dibawanya.
Dipercayai kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Selasa lalu.
Perkongsian video itu mendapat reaksi ramai yang menyifatkan kejadian itu jarang berlaku Dan tidak menyangka isi minyak boleh dapat hadiah percuma
“Hahahahaha mesti terperanjat bila sampai rumah,” kongsi pemilik akaun bernama Nurul Ain Karim.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman ketika dihubungi Kosmo! menyatakan sehingga pukul 8 pagi tadi, pemilik atau pekerja pam minyak berkenaan masih belum tampil membuat laporan polis.- KOSMO! ONLINE














