fbpx
KETUA Kontinjen (CDM) negara, Datuk Sumali Reduan menyuarakan kebimbangan mengenai kesan konflik Asia Barat menjelang Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Krisis Asia Barat ancam persiapan Malaysia ke Sukan Asia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persediaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia  Aichi-Nagoya kini berdepan cabaran baharu susulan ketidakstabilan ekonomi global akibat krisis ketegangan peperangan di Asia Barat.

Ketua Kontinjen (CDM) negara, Datuk Sumali Reduan menyuarakan kebimbangan bahawa kesan peperangan itu akan menyebabkan peningkatan kos logistik buat kontinjen Malaysia ke Jepun yang dijadual berlangsung 19 September hingga 4 Oktober ini nanti.

“Sememangnya merisaukan sebab masanya dah tidak lama lagi dalam tempoh empat hingga lima bulan.

“Ia sebenarnya mengganggu. Saya risau ada negara-negara yang akhirnya tak dapat menyertai. Tapi mungkin kalau krisis ini dapat ditangani dan selesai segera, saya rasa keadaan akan kembali normal.

“Macam Piala Dunia Sepak Takraw yang akan diadakan kurang lagi sebulan, saya pun risau tentang penyertaan negara-negara lain,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) kali pertama bagi penggal 2025-2027 hari ini.

Menurutnya, konflik di Asia Barat bakal memberi kesan ekonomi dan secara tidak langsung bakal berlaku lonjakan kos penerbangan ke Jepun.

Maka, Sumali tidak menolak kemungkinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal memperketatkan lagi kriteria pemilihan atlet dan bagi menjimatkan bajet pengurusan.

“Mungkin kalau nak jimat, akan berlaku pengurangan atlet dan hanya yang betul-betul boleh beri pingat atau ada peluang besar untuk dapat pingat saja akan pergi.

“Apapun, belum ada dalam perbincangan rasmi dan tapi ada perbincangan ringkas dengan beberapa pihak MOM baru-baru ini. Kita tunggu ‘lampu hijau’ daripada Tan Sri Norza (Presiden MOM) dan perbincangan bersama bersama Menteri Belia dan Sukan,Dr. Mohammed Taufiq Johari. Sebagai CDM, saya tidak mahu mendahului mereka,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN