fbpx
DUA wanita termasuk kakak pasangan pelakon terkenal dibawa ke mahkamah untuk perintah reman kes berkaitan dadah di Sungai Petani, hari ini.

Kakak pelakon terkenal direman kes penemuan syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kakak kepada seorang pelakon popular ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis syabu di dalam beg silang semalam.

Tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an itu dilakukan sepasukan polis pada pukul 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong di sini.

Pemeriksaan di dalam beg itu menemukan balutan plastik berwarna hitam yang diikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram. Dadah itu dijumpai pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda di atas katil dalam bilik di rumah berkenaan.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut, namun ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas dadah, malah kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod lampau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu, kedua-dua suspek direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN