fbpx
Gambar hiasan.

Kapal lewat hantar bekalan punca gangguan bekalan petrol di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Gangguan bekalan bahan api dilaporkan berlaku di beberapa stesen minyak di Pulau Pinang dipercayai berpunca akibat kelewatan penghantaran bekalan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, perkara itu dimaklumkan dalam satu mesyuarat bersama semua jenama syarikat minyak utama pada Jumaat lalu.

“Syarikat minyak utama tersebut memaklumkan berlaku sedikit gangguan bekalan susulan kelewatan ketibaan kapal berbanding jadual asal.

“Sehubungan itu, pihak terbabit sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu berkenaan,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata, hasil mesyuarat sama turut mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah bekalan dan bahan api masih boleh diperoleh dengan mudah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN