fbpx
NORKHALID (empat dari kanan) ketika menerima sijil pengiktirafan MBOR pada Majlis Perasmian First Mobile Mental Health Counseling dan Sambutan Bulan Kesedaran Autisme di Auditorium Utama, UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim hari ini.

Counselor on Wheels UPSI diiktiraf MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Program Kaunseling Kesihatan Mental Mudah Alih Pertama menerusi perkhidmatan Counselor on Wheels (COW) bergerak pertama di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, inisiatif itu merupakan langkah proaktif universiti dalam mendekati komuniti dengan membawa perkhidmatan intervensi kesihatan mental secara terus kepada masyarakat.

“Melalui inovasi Counselor on Wheels, kita telah mentransformasikan Bas Pendidikan UPSI menjadi platform perkhidmatan kaunseling bergerak yang bukan sahaja memfokuskan aspek pencegahan dan psikopendidikan malah turut melibatkan intervensi serta rujukan kepada pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian First Mobile Mental Health Counseling dan Sambutan Bulan Kesedaran Autisme di Auditorium Utama UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasukan pelaksana yang terdiri daripada pegawai psikologi dan fasilitator mahasiswa terlatih dalam Psychological First Aid berjaya menyantuni 7,648 peserta di 38 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN