PETALING JAYA – “Bayangkan adik-adik aku nak makan KFC (Kentucky Fried Chicken) tapi bapak aku kata tak ada duit. Dasar miskin tapi kahwin dua.”
Itu luahan kekecewaan seorang individu mengenai bapanya yang terlalu ‘berkira’ dengan adik-beradik lain.
Menggunakan profil @Venellopess di media sosial, individu itu meluahkan rasa tidak puas dengan sikap bapanya itu yang memberi alasan tiada duit tetapi mampu pula beristeri dua.
“Sesiapa yang mesej minta QR tu terima kasih banyak, tapi saya tak mahu sebab saya pun dah kerja.
“Saya punya impian sekarang nak kaya cepat-cepat nak bagi kebahagiaan dekat keluarga saya khususnya adik-adik dan mak saya, hari-hari mereka boleh makan KFC,” katanya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengecam bapanya itu.
“Lelaki macam ni mana fikir anak anak, dia pikir ***** dia ja,” ujar @Rosesierr.
“Satu ja nak pesan, tolong jaga mak baik-baik. Mak terlalu sangat disakiti, jangan menyakiti dia lagi. Mungkin mak bertahan sebab anak-anak,” pesan pengguna lain.
“Sama macam bapa aku. Kahwin banyak tapi duit tak ada. Dah cerai pun nafkah susah nak bagi,” komen @Ryss.xe. – KOSMO! ONLINE














