fbpx
AHMAD RADZI (tengah) bersama wakil pelbagai pihak berkuasa menunjukkan barang rampasan termasuk mesin peleburan di sebuah kilang kitar semula di Bukit Ibam, Rompin semalam.

Tidak serik, kilang kitar semula diserbu lagi babit rampasan RM376,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Pernah diserbu dua tahun lalu, namun pemilik sebuah kilang bagaikan tidak serik apabila sekali lagi didapati melakukan kesalahan melibatkan alam sekitar.

Dengan lokasi kilang yang agak jauh daripada daripada Muadzam Shah di Bukit Ibam di sini berkemungkinan besar pemilik menyangka kilang berkenaan terlepas pandang daripada pihak berkuasa.

Namun tindakan pemilik kilang berkenaan yang masih tidak mengikut peraturan dan melanggar undang-undang berjaya dihidu oleh pihak berkuasa yang melakukan serbuan semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan Op Hazard 3.0 itu pihaknya bejaya menemukan 76 beg jumbo berisi bahan dipercayai bateri yang telah dileraikan di sebuahkilang kitar semula di Bukit Ibam di sini.

“Pemeriksaan di kawasan kilang berkenaan juga menemukan satu mesin peleburan yang bernilai RM300,000 dan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM376,000 dengan setiap beg jumbo dianggarkan bernilai RM1,000 dan mesin peleburan RM300,000.

“Dalam serbuan ini kita menahan seorang lelaki warganegara Pakistan yang mempunyai dokumen lengkap yang bekerja sebagai penjaga kilang ini,”katanya di sini semalam.

Difahamkan sebelum ini kilang berkenaan diserbu pada Ogos 2024 dan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar bagi siasatan di bawah Seksyen 34 B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, siasatan giat dilakukan termasuk bagi mengesan pemilik premis kilang berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati bateri terpakai berkenaan dibawa masuk daripada luar negara dan juga dari pasaran tempatan.

Jelasnya, setakat ini bateri berkenaan telah dikumpulkan dan belum melalui proses peleburan menggunakan mesin peleburan yang ada.

Dalam pada itu beliau berkata seramai 60 penguatkuasa terlibat dalam Op Hazard 3.0 melibatkan Pasukan Gerakan Am,Jabatan Alam Sekitar, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, sebanyak tiga buah kilang diperiksa iaitu dua buah kilang di Kuantan dan sebuah kilang di Bukit Ibam, Rompin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN